Soal Jawab
Bahagian ini merupakan soal jawab yang berlaku antara aku dengan pelanggan dan agen ezytopup yang pernah SMS kepada aku. Mungkin kebanyakan soalan di sini boleh memberi jawapan kepada mereka yang ingin berdaftar selepas ini.
S1: Ezytopup ini ada jual C3 dan M3 ye?Betul ke dia punya keuntungan sampai 50sen.
Betul tu, ezytopup ada menjual produk C3(RM3) dan M3(RM3). Keuntungan 50sen akan diberi bila anda memberi topup/reload Celcom RM10 kerana keuntungan Celcom adalah 5%.
S2:Perniagaan ni kena ada Hotlink je ke?Celcom tak boleh ke?
Kami menerima semua jenis nombor. Tak kira anda pakai nombor Celcom,Maxis,Digi dan Umobile semua boleh daftar.
S3: Kalu saya register pakai nombor Hotlink dan kemudian saya nak tukar kepada Celcom, macam mana?Kena daftar baru ke?
Yup, anda kena daftar baru. Oleh itu, anda disaran untuk membuat pilihan yang betul sebelum mendaftarkan nombor telefon anda.
S4:Boleh terangkan lagi pasal Ezytopup dengan jelas?Pasal cas dan sebagainya.
Ezytopup ini dikendalikan oleh En Mohd Muhaimin dan nama syarikat dikenali sebagai Momey Resource yang bertapak di Batu Caves, Selangor. Untuk pengetahuan anda, cas yang dikenakan oleh pihak syarikat adalah, semak baki, tambah modal dan pendaftaran ID Yahoo Messenger (YM).
S5:Modal untuk start bisnes ni berapa?Kena cari downline ke?
Untuk memerlukan bisnes topup ini anda perlu modal sebanyak *RM20 dan modal permulaan jualan topup bergantung kepada kemampuan anda. Minima tambah modal adalah RM10 dan ke atas. Tidak, anda tidak perlu bersusah payah mencari downline kerana Ezytopup bukan berkonsep Multi Level Marketing(MLM).
S6:Nombor telefon saya ini dah ada akaun topup dengan MyMode, tetapi lama tak guna. Boleh ke guna nombor ini untuk daftar?
Ezytopup dan MyMode bukanlah dibawah satu cawangan, jadi anda boleh daftarkan nombor anda dengan Ezytopup.
S7: Sever untuk topup ni kekadang ada masalah tak?Kalu saya berminat macam mana nak join?
Itu saya tidak boleh jamin 100%. Sebab saya pernah alami dimana topup lambat sampai dan tidak masuk. Apa yang saya tahu, semua syarikat mengalami benda yang sama. Jadi tidak adil untuk mengatakan server syarikat saya ini adalah terbaik.
Jika anda berminat untuk join, sila ke bahagian pendaftaran untuk langkah-langkah selanjutnya.
S8:Bolehkah saya daftar menggunakan Postpaid?
Untuk pengetahuan anda, nombor Postpaid juga boleh didaftarkan.
S9:Nak tanya, berapa yuran untuk pendaftaran sebagai agen?
Untuk pendaftaran agen, kami menyediakan banyak pakej untuk anda. Sila ke bahagian pendaftaran untuk anda pilih pakej yang anda kehendaki.
S10:Apakah beza setiap pakej – pakej tersebut?
Perbezaan bagi setiap – tiap pakej tersebut adalah pulangan modal permulaan kepada agen. Pakej “REG100″ memberi anda pulangan modal sebanyak RM20 untuk memberi peluang kepada agen untuk mencuba keberkesanan sistem Ezytopup ini.
S11:Ada rakan saya nak register dibawah saya. Macam mana nak buat?
Maaf sebagai agen biasa, anda tidak boleh menaja atau melantik rakan anda menjadi agen. Hanya Master Agen sahaja yang dapat berbuat demikian. Tetapi anda mempunyai pilihan kedua, iaitu memperkenalkan rakan anda kepada saya. Bagai mana caranya?Sila rujuk bahagian Insentif untuk maklumat lanjut.
S12:Boleh bankin guna Maybank?Sebab dekat dengan rumah.
Boleh. Kerana kami juga menyediakan akaun bank Maybank, CIMB, BankIslam dan BSN untuk memudahkan anda membuat pendaftaran dan penambahan modal.
S13: Email admin ada tak?
Ada, berikut merupakan e-mail admin.myprepaid2u@kombuchascoby.com
S14:Macam mana pulak untuk kita tahu yang kita akan dapat komisyen?
Komisyen topup akan diberi selepas anda membuat pembelian topup.Sekiranya anda membeli Celcom RM10, baki anda akan ditolak RM9.50 dan anda akan menerima wang daripada pelanggan adalah RM10 dan pelanggan akan menerima isi semula topup bernilai RM10.Oleh itu, anda telah pun mendapat keuntungan 50sen secara “realtime”.
S15:Profit topup tak boleh naik lagi ke?Sikit sangat..
Maaf, profit topup telah ditetapkan oleh pihak syarikat. Jadi saya tiada kuasa untuk mengubahnya.
S16:Berapakah komisyen kalau saya dapat daftarkan pelanggan/rakan menjadi agen Ezytopup.
Anda akan mendapat komisyen daripada saya dari RM5 dan keatas bergantung kepada pakej yang diambil oleh pelanggan/rakan anda.Lagi tinggi yuran pendaftaran yang dipilih, makin tinggi komisyen yang diberi kepada anda.
S17:Mahu tanya, Ezytopup boleh reload Maxis dan Celcom kat HP ke HP lain ke? Dari RM3 dapat hantar ke pelanggan?
Ya. Ezytopup menyediakan autoreload Maxis, Celcom dan DiGi. Boleh jual Maxis dan Celcom dari RM3 dan keatas. Digi pula dari RM5 dan keats. Ye, topup terus dimasukkan/dihantar kepada pelanggan.
S18:Andakah saya perlu menggunakan sim kad yang berbeza untuk setiap topup.
Tidak perlu, anda hanya perlu menggunakan satu sim kad sahaja untuk menjual topup Celcom, Maxis, Digi, Italk dan Umobile. 5 in 1.
S19:PIN ni boleh tukar kah?
Pin ini tidak boleh ditukar. Harap maklum
S20:Tambah modal hari Ahad dan public holiday boleh ke?
Untuk pengetahuan anda, penambahan modal boleh dilakukan setiap hari bermula dari 9A.M sehingga 8P.M
S21:Kenapa tolak 1 sen setiap kali tambah modal.
Ya, setiap penambahan modal yang berjaya akaun anda akan di kenakan cas 1sen. Mungkin untuk menampung kos penyelenggaraan server.
S22:Nak tanya, cara bayar melalui perpindahan akaun(fund transfer) boleh digunakan?
Ya, cara tersebut boleh digunakan, apa yang penting ,nombor akuan,tarikh dan masa pembayaran diperlukan semasa pendaftaran atau penambahan modal.
S23:Bila dah daftar, boleh login online? atau semua urusan dalam SMS?
Bila dah daftar, anda boleh mula membuat jualan atau pembelian topup menggunakan SMS atau YM setelah anda memasukkan modal ke akaun syarikat. Syarikat tidak menyediakan laman web yang membolehkan anda login secara online untuk menyemak transaksi topup anda.
S24:Modal dalam akaun akan tamat luput ke?
Modal dalam akaun anda tidak akan tamat luput.
S25: Kenapa tambah modal saya tidak ada responed?
Proses penambahan modal yang dilakukan oleh admin mengambil masa sekurang – kurangnya 15minit hingga 90 minit bergantung kepada Internet Banking. Jika line tidak sibuk, maka urusan tambah modal akan berjalan lancar. Oleh sebab itu, sila beri masa untuk admin. Dan pastikan anda telah menghantar arahan SMS tambah modal ke nombor telefon admin (013-6290310), jangan hantar ke nombor server.
S26:Tak akan ada double transaksi kan?
Ya, tidak akan berlaku double transaksi untuk keselamatan jika anda terhantar arahan SMS dua kali. Jika nombor yang sama telah pun ditopup dengan nilai RM3, untuk topup seterusnya, nombor tersebut tidak boleh lagi topup RM3. Ini untuk mengelakan berlakunya double transaksi. Jika nombor tersebut ingin topup juga, anda kenalah topup dengan jumlah yang lain seperti RM5 dan sebagainya.
S27:Kalau tambah modal sebelum jam 9A.M boleh ke?
Saya rasa tidak menjadi masalah bagi admin, kerana admin akan proses pada hari itu juga tetapi mungkin selepas masuknya 9 A.M.Dan jika anda bankin selepas jam 8P.M maka,penambahan modal anda akan dilakukan besoknya.
S28:Kalu reload secara online (internet) ke nombor pelanggan boleh juga ke?
Ya, boleh. Anda boleh menggunakan YM untuk topup nombor pelanggan. Anda hanya perlu taip arahan SMS yang biasa anda taip pada HP anda pada YM dan tekan ENTER. Untuk pendaftaran YM, sila ke bahagian Format SMS.
S29:Apakah kelebihan Master Agen dan Agen biasa?
Diantara kelebihan Master Agen
- Yuran Pendaftaran RM120 sahaja (seumur hidup)
- Modal Permulaan Rm20.
- Kadar keuntungan Celcom 5%,Maxis 2%, DiGi 1% , Umobile 3% & iTalk 9%.
- Laporan transkasi setiap kali jualan dilakukan.
- Yuran agen ditentukan sendiri oleh anda.
- Agen anda akan memasukkan yuran pendaftaran ke akaun anda.
- Yuran pendaftaran agen milik anda 100%.
- Anda dapat mendaftarkan AGEN tanpa had secara percuma
- Dapat SMS report transaksi
- Support customer service 12jam/hari dari 9pg-9mlm
- Cepat, pantas, dan tepat
- Format sms mudah menggunakan HP Tiada cas tersembunyi
- Komisyen RM50 bagi menaja seorang MASTER AGEN.
Diantara kelebihan Agen Biasa
- Yuran Pendaftaran (seumur hidup)
- Modal Permulaan Diberi(berdasar pakej).
- Kadar keuntungan Celcom 5%,Maxis 2%, DiGi 1% , Umobile 3% & iTalk 9%.
- Laporan transkasi setiap kali jualan dilakukan.
Untung keuntungan yang melipat ganda, jadi Master Agenlah.
S30:Topup belum masuk, jadi macam mana?tetapi modal belum kena tolak pun
Jika anda mengalami situasi begini, antara kemungkinannya adalah sms yang anda hantar ke nombor server tidak sampai, oleh sebab itu, anda disarankan untuk menghantar semula arahan sms yang telah anda hantar sebelum ini.
S31:Kalau nak upgrade dari agen ke Master Agen boleh ke?
Ya, boleh, anda boleh lakukan upgrade tersebut dengan membuat pembayaran sebanyak RM120. Modal permulaan sebanyak RM20 akan diberi kepada anda.
S32:Berapakah komisyen jika menaja Master Agent
Untuk pengetahuan anda, jika Master Agen memperkenalkan rakan menjadi Master Agen, master agen tersebut akan diberi komsiyen oleh pihak syarikat sebanyak RM50.
S33:Selepas bankin pendaftaran, berapa lamakah masa untuk diaktifkan?
Untuk pendaftaran, ia mengambil masa 15 minit hingga 2jam daripada masa anda menghantar arahan sms pendaftaran kepada saya. Jika saya mengambil masa yang lama untuk mendaftarkan anda, saya akan maklumkan kepada anda.
S34:Adakah arahan jualan panjang?
Tidak, arahan SMS kami adalah yang paling pendek dan simple. Contoh untuk reload celcom rm3, hanya perlu taip: C3.1039167380.1234
S35:Daftar YM untuk topup pun kena potong RM1.00 ke?
Ya. Untuk pendaftaran YM yang berjaya, akaun anda akan dikenakan cas sebanyak RM1.00.
S36:Lepas masukkan duit register, apa maklumat yang saya perlu bagi kepada encik?
Apa yang anda perlu beri adalah dengan menghantar arahan SMS pendaftaran seperti berikut:
BANK.KODPAKEJ.TARIKH.MASA.REG.AGEN.NAMAANDA.NOTELEFON.1234
CONTOH:
MBB.REG20.030609.2.49PM.REG.AGEN.WAN MOHD ASYRAF.0139167380.1234
S37:Saya lupa nombor ID, macam mana nak dapatkan balik?
Untuk mendapatkan nombor ID anda, anda hanya perlu taip arahan untuk menyemak baki akaun anda.Tapi: BAKI.1234
S38:Kalau ada topup yang masuk lambat macam mana nak semak atau batalkan?
Saya rasa untuk semak dan batalkan adalah mustahil. Anda mungkin lambat mendapat mesej makluman bahawa topup anda telah berjaya. Cuma disebabkan anda lambat dapat mesej pemberitahuan menjadi masalah kepada anda untuk tahu, pelanggan dah dapat topup ke belum. Berdasarkan pengalaman saya, jika topup tidak masuk, anda akan menerima sms daripada server bahawasnya nombor yang ditopup belum dimasukkan.
S39:Kalu nak topup yang sama dalam masa satu hari boleh ke?
Boleh, jika jumlah nilai topup adalah lain. Jika sebelum ini dah topup RM3, maka RM3 tadi tak boleh ditopupkan lagi. Kena topup dengan angka lain seperti RM5. Jangan risau, benda ini bukan untuk selamanya, selepas pukul 12 malam atau keesokan harinya, anda boleh jual balik topup RM3 tadi kepada nombor yang sama. Apa yang perlu diingatkan adalah RM3 sekali sahaj untuk nombor yang sama.
S40:Nombor pin reload tu tak dapat lagi, tetapi duit dalam akuan dah ditolak.
Jika anda mengalami masalah seperti ini, anda kena hubungi customer service di talian 013-4707074 atau menghantar arahan sms aduan yang terdapat pada bahagian SMS Format.
S41:Kalau mahu check sale?atau mahu tahu nombor ada masuk ke belum?boleh check ke?
Saya rasa mungkin susah sikit nak semak sebab setakat ini saya belum jumpa arahan SMS untuk semak transaksi topup, mungkin anda boleh cuba hubungi Admin atau Customer Service.
S42:Dah dapat nombor ID.Pastu saya kena buat apa lagi pasni?
Ok, bila anda dah terima nombor ID dan nombor pin, anda boleh mula memasukkan modal ke akaun syarikat.
S43:Dah transfer modal.Pas mesej inform bankin, ada terima SMS ke?
Ada, anda akan menerima sms daripada server menyatakan akaun modal anda telah di tambah nilai.
S44:Nak tanya, hari tu saya bankin modal guna CIMB, kalau lepas ni saya nak guna bank lain boleh ke?
Boleh, anda boleh memilih untuk memasukkan modal melalui Maybank, Bank Islam dan BSN.
S45:Kenapa saya cuba call nombor telefon Admin, tapi tak dapat?
Ada banyak kemungkinan disini, nombor telefom yang anda dail adalah salah atau pun admin sendiri tak nak angkat atau admin ada hal yang perlu dilakukan. Saya pun pernah call admin dan dia tak angkat pun. Bila sms ada yang balas dan ada yang tak balas.
S46:Tambah modal guna YM boleh ke?
Tidak, YM hanya boleh digunakan untuk membuat semakan dan urusan jual beli topup.
Ini baru mesej yang saya dapat melalui HP saya, belum lagi YM.Oleh itu kepada sesiapa yang mempunyai soalan yang ingin diutarakan, boleh komen di sini.
Mempunyai Sebarang Soalan atau Cadangan??Sila tinggal pesanan anda di sini.
53 Comments
Other Links to this Post
RSS feed for comments on this post. TrackBack URI











By fadzly, 14/07/2009 @ 7:20 AM
italk Rm 30 ada ke?
By Asyraf, 14/07/2009 @ 10:58 AM
setakat hari ini, produk iTalk ada rm10 sahaja.
By Miey, 09/08/2009 @ 12:56 PM
Line top4 jem ke?
Report xsampai, top4 x masuk.
Customer dah complain
By Miey, 09/08/2009 @ 1:09 PM
kat mena nk tengok line top4 ok ke x dalam web ni?
By addy, 30/08/2009 @ 12:57 PM
boleh ke guna italk untuk topup telefon home prepaid?
By Muhammad Asyraf, 10/12/2009 @ 1:17 AM
Ezy topup add ade agen kt batu pahat x? berminat nk jadi ahli.. tp masih kurang jelas..
By Asyraf, 10/12/2009 @ 1:25 AM
saya ni master agen kat kelantan…sy xtahu la pulak ada master agen kat batu pahat
By izwan, 01/01/2010 @ 4:35 PM
nak tnye .. klu dh jdi master agen .. agen bwh kite nk bank in modal kat mne ?mmomey ke
By Asyraf, 01/01/2010 @ 10:16 PM
yup
By Mell, 21/01/2010 @ 2:40 PM
Klu nk join nie Ezytopup tapi nak jual celcom N maxis sja ble ka?? n mcm mna??
tpi mslahnya sya dr Sabah.. ada agen kat sabah ke??
By Asyraf, 21/01/2010 @ 3:10 PM
Hai mell
Mestilah boleh, 1 nombor tu, awk boleh jual semua…
contoh awk daftar no digi awk,
awk nak jual celcom rm10, awk just hantar arahan sms, C10.NOTEL.1234 ke server digi, nant pelanggan awak akan terima celcom rm10..
so 1 nombor ada semua pakej…
Kalu awk nak jual celcom dengan maxis sahaja pun boleh, takda hal…itu atas kepandaian masing2lah.
masalahya awk kena carilah master agen daripada sabah..
saya master agen dari kelantan, tapi kalu awk nak daftar pun boleh…tak kisah…
untuk pengetahuan awk, ramai agen dr sabah dan sarawah yang daftar dgn saya, takde masalah pun…
By Miey, 26/01/2010 @ 9:24 AM
merujuk S3: Kalau saya register ppakai no Hotlink, dan kemudian saya nak tukar kepada celcom, macam mana? kene ragister baru ke?
merujuk jawapan dalam http://ezytopup.ezy4u.org/question-and-answer/
yup, anda kene daftar baru. Oleh itu anda disarankan membuat pilihan yang betul sebelum mendaftarkan nombor telefon anda.
merujuk jawapan dalam http://ezyreload.ezy4u.org/answer-question/#respond
saya rasa tiada masalah untuk bertukar kr nombor lain dan saya rasa tidak perlu untuk untuk membuat pendaftaran baru. Apa yang perlu anda buat adalah cuba hubungi admin di talian 013-6290310
Kalau nak tukar nombor hotlink ke nombor hotlink yang lain macam mana pulak?
Yang mana satu betul, sedangkan master agen yang sama sahaja?
By Asyraf, 26/01/2010 @ 11:58 AM
ok…sy tahu ada kekeliruan di situ..
sebenarnya jawapan nombor satulah yang betul, sebab apa sebelum ni pun sy ada agen yang silap bagi nombor telefon dan kekadang sy sila taip nombor telefon, jadi kekadang saya akan daftar baru agen tersebut…tetapi saya belum ambik charge setiap pertukaran nombor tersebut.
jadi pasal jawapan nombor dua tu, kena hubungi admin, ye…sepatutnya…tapi sama juga…admin akan daftar baru juga..sebbnya…proses pertukaran nombor tersebut anda perlu berurusan dengan pihak zmreload…dan semestinya urusan tersebut perlu kan bayaran..
jadi seeloknya para agen telah menetapkan nombor mana yang dia nak daftar dan kekal untuk selamanya…
By idah, 29/01/2010 @ 2:52 PM
mcm mn dengan server sekarang? saya dah jd pening dgn server baru ni….
saya xfaham…bila akan ada penerangan yang lebih detail pasl ni?
By Asyraf, 29/01/2010 @ 4:39 PM
sabar yer…saya tengah buat kajian…nant sy update dalam ni
By Yana, 02/02/2010 @ 1:08 AM
SALAM..boleh x sy sebagai master agen nk taja agen yg nk dftar mini server?? yuran nya brapa? and apa kelebihan nya berbanding MD n MA?
By Asyraf, 02/02/2010 @ 8:36 AM
awk dah master agenkan, awk boleh daftar agen awk…dan secara automatik agen awak berdaftar dibawah mini server.
yuran ape yg awk maksudkan??
apa kelebihan MD dgn MA??
awk boleh rujuk sini; http://masteragen.ezy4u.org
By Yana, 02/02/2010 @ 12:50 PM
mcm ni mksd sy, slain agen biasa, MA n MD, bkn ke ade 1 pakej lg, mini server?? yg rm750? ke sy slh info?
By Asyraf, 02/02/2010 @ 2:37 PM
ooo…ada pakej tu…tapi sy x buat…sy takut pegang duit banyak…
kalu awk nak, leh contact admin
By geliga alam, 17/02/2010 @ 1:33 AM
SAYA KELIRU,..SAPE LEBEH TINGGI DARI MASTER DEALER… CAMNE NAK JADI CAMTU…TOLONG AJAR.
By Asyraf, 17/02/2010 @ 10:48 AM
mestilah MASTER DEALER PALING TINGGI…NAK TINGGI LAGI BUKA SERVER SENDIRI…JADI BOS..
nak jadi rujuk sini, http://masteragen.ezy4u.org
By karina, 17/02/2010 @ 12:00 PM
So, bagaimanakah kami akan dapat tuntut keuntungan real-time tu dalam bentuk Cash?
By Asyraf, 17/02/2010 @ 1:28 PM
keuntungan realtime..nak buat apa tuntu pulak…dah memang dibayar secara cash pun.
contoh u ada rm100, u jual celcom rm10, u untung rm0.50. U jual celcom rm10 sebanyak 10kali, jadi u untung rm5.
RM0.50×10=RM5
Modal asal u RM100 campur dengan RM5 bukankah rm105.
By karina, 18/02/2010 @ 12:25 AM
Tau… tapi maksud saya, duit keuntungan tu akan di dibayar kepada agent dalam bentuk cheque ke ape? Huhuhu.. Encik Asyraf faham x? Ataupun terus debit masuk acc bank agent?
By Asyraf, 18/02/2010 @ 12:23 PM
Ya Allah, awk tak paham lagi…
mestilah awk dpt keuntungan selepas awk jual topup…
awk jual celcom rm10, awk untung 50sen, server hanya tolak 9.50(bermaksud awk beli topup itu dengan harga murah) awk terima duit dari pelanggan rm10.
clear tak setakat ini??
By Asyraf, 18/02/2010 @ 12:25 PM
ibarat awk beli topup dengan harga rm9.50 kemudian awk terima dr pelanggan rm10…kan dah untung secara real-time….50sen tu kan dah ada dlm tangan awk…
By karina, 18/02/2010 @ 7:37 PM
(sigh..) Saya faham itu, tapi itu secara virtual kan? 50sen masih dalam maya lagi. Nak jadikannya Cash IN-HAND tu.. dari yang invisible kepada visible. Cash out dari server la maksudnya. Adui..
By karina, 18/02/2010 @ 7:41 PM
btw, tengkiu la penerangan itu memang saya dah faham.. part CASH OUT medalah tu je yang masih jadi isu. Haha.
By Asyraf, 18/02/2010 @ 7:45 PM
aduh..awk xpaham lagi la….
bila masa pulak maya la…awk terima rm10 tulah
server potong rm9.50…pastu awk terima rm10….rm10-9.50=50sen…
xkan la awk jual rm9.50 gak kat pelanggan awk??
tu la keuntungan realtime…dapat lepas jual topup…
awk ada modal rm10 contoh, pastu awk jual topup celcom rm10, server potong rm9.50, baki modal ada 50sen…pastu awk terima rm10 dr pelanggan..
jadi baki terkini ada rm0.50+rm10 dr pelanggan =10.50…
jadi modal awk sekarang rm10.50…
modal asal rm10, modal terkini rm10.50.jadi untung 50sen….kalu xpaham juga sy xtahu la nak terangkan mcm mane lagi…
By Asyraf, 18/02/2010 @ 7:50 PM
kenapa nak cashout…kan awk dpt komisyen lepas jual topup??
ke masksud awk modal yg selebihnya dalam server tu ke??kalu ada rm0.50sen dlm tu…xpastilah camne nak cash out…cuba la buat math bagaimana nak cara nak keluarkan modal dr server bila baki dlm server ada 2sen or 30sen…sy xreti dah….huhu
By karina, 18/02/2010 @ 7:55 PM
ginilah, server hanya potong 9.50sen kan. 50 sen yang dikumpul2 menjadi keuntungan saya tu… BAGAIMANAKAH ianya akan di Cash OUT secara REALITI yang saya dapat guna untuk perbelanjaan makanan, buku2 dan sebagainya.. Real money~ Oh tolong ada sesiapa tolong bantu jawab. Yang Math En.Asyraf tu takyah diterangkan.. memang saya faham sangat3X suda.
By Asyraf, 18/02/2010 @ 8:07 PM
ye ke??entah la …sape leh terangkan kat karina ni…sy dah habis contoh dah ni…apa kata karina tanya tuan syarikat sendiri…mane tahu penerangan di lagi bagus…
erm…tapikan 50sen terkumpul tukan awk dpt lepas jual topup…
awk ada modal rm100, awk jual celcom rm10 jer sebanyak 10x, awk akan dpt rm5 kan…cuba awk tengok ni:
C10 – 9.50 DPT RM10;UNTUNG 50SEN
…
SAMPAI 10 KALI
C10 – 9.50 DPT RM10;UNTUNG 50SEN
———————————-
JUM: 95 DAPAT RM100;UNTUNG RM5
———————————-
OKlah, tu jer la…harap dpt membantu…jadi kalu xfaham lagi..awk sms n call admin/tuan syarikat momey sendiri..maybe diorg boleh tolong
By karina, 18/02/2010 @ 8:18 PM
(masih tak puas ati)… TQ atas keterangan anda. HUhu..
By Asyraf, 18/02/2010 @ 8:23 PM
ah….tension nya…mcm mane ni…terbuktilah aku bukan penerangan terbaik….sedih2…
apa2 pun tanya la admin or member lain…maybe diorg boleh terangkan ke..
oklah…apa2 pun thanks
By karina, 18/02/2010 @ 8:26 PM
kelakar la ko ni. Hahaha. Dah msg si admin. Tggu dia reply je.
By Asyraf, 18/02/2010 @ 8:30 PM
ok…orait
By karina, 18/02/2010 @ 9:20 PM
Hi! Mungkin saya dah jumpa jawapannya dalam MGM En.Asyraf. Saya jumpa dalam FAQ berbunyi “Setakat ini, komisen hanya akan diberi dalam bentuk MODAL EZYTOPUP sahaja, TIADA WANG TUNAI AKAN DIBERI”.. Adakah pencarian saya selama ini betul?? Huhu..
By Asyraf, 19/02/2010 @ 12:35 AM
salah!! itu adalah laman web Member Get Member…komisyen diberi bila anda menaja rakan menjadi agen.
By karina, 19/02/2010 @ 11:22 AM
Jadi, klu x menaja rakan macam mana pula? Komisen tu tetap jadi credit untuk pusing balik modal kan? Tiada bayaran dalam bentuk “wang tunai”. En. Admin tak reply pun.
By Asyraf, 19/02/2010 @ 11:33 AM
MGM tu bagi mereka yang ingin mendapatkan wang sampingan..itu sistem yg saya buat…sy bagi komisyen kepada mana2 agen yang berdaftar dengan sy yang mencari rakan-rakannya dan mengajak rakan-rakannya masuk ezytopup ni..
kan saya dah ckp, keuntungan dapat lepas jualan topup, dan awk masih tidak paham dan tidak mahu terima apa yang saya cakap…jadi terserahlah kepada anda…
memang saya dah agak, admin xkan layan punya masalah ini, sebab benda ni sepatutnya tidak perlu diterangkan panjang lebar pun…
jadi awk cubalah fikirkan sendiri, bagai mana dikatakan keuntungan realtime dan selepas awk jual topup..
cuba awk kajian apa yang saya terangkan semalam dan cuba awk tanya rakan-rakan seangkatan.
kalu awk nak tahu keuntangan tu dapat mcm mane…cuba awk ikut contoh yang selalu saya buat.
dimana duit topup saya akan asingkan dengan duit belanja saya.
sekiranya saya bankin modal rm100, saya akan jual topup kepada rakan-rakan dalam kelas, kemudian duit yang rakan saya bayar tu saya akan asingkan letak dalam beg lain.
bila modal saya dalam server dah habis dan saya pun xleh jual topup, saya akan kira balik duit yang saya dapat lepas jualan topup itu dan sy akan tolak dengan baki modal tu…
lepas tu saya akan pergi balik untuk bankin modal dan saya akan tengok, modal jualan saya semakin meningkat….
jadi makin lama, modal saya akan bertambah, daripada rm100, modal saya akan jadi rm110 dan sebagainya.
By karina, 19/02/2010 @ 11:51 AM
Ok.. Now U R a gud explainer. Sy berpuas hati. Thumbs UP!
By benggang, 27/02/2010 @ 9:16 PM
APE PASAL SEMUA SERVER ROSAK HINGGA HARI ISNIN. BETOL TAK BERPUAS HATI. BETTER YOU ALL QUIT AND NEW COMER TAK YAH JOIN.
By Asyraf, 27/02/2010 @ 11:33 PM
bila masa pulak server down ni.ok jer hari ni..
ko tu better berhenti jadi agen, sebab tahu melalak tanpa tanya sebab…
aku rasa takda masalah pun hari ni..kalu dia down mesti dah ramai agen aku call n sms aku..
lagi pun syarikat pun tak ada bagitahu apa2 pun…
atau ko yang mempunyai masalah??tapi tak reti nak selesaikan dgn cara baik??
By wanieTa, 28/02/2010 @ 1:02 AM
en asyraf,sy nk jd agen..sy ade bace lps je da dftr jd agen n da cnfirm bole trus jual topup..soalannye, lps da bank in duet jd agen, then kena bankin modal kat admin plak ke?then br bole jual topup??
By Asyraf, 28/02/2010 @ 1:59 AM
ok…dah nak betul dah..cuma saya nak tegaskan kat sini.
Mula-mula awk akan bayar saya RM30 untuk yuran pendaftaran.Ketika ni anda tak boleh jual topup lagi sebab modal didalam akaun awk masih kosong.
RM30 tu ramai yang salah anggap sebagai modal sebenarnya salah. ia adalah yuran pengaktifan kepada akaun awk. macam awk nak beli stater pack la..awk kena bayar untuk beli starter pack tu kan baru awk boleh ambik.
ok, selepas awk membuat pembayaran kepada saya, dan telah pun menghantar arahan sms pendaftaran, saya akan buat semakan dulu. selepas saya sahkan semakan tersebut, saya akan mula daftarkan awk berdasarkan maklumat yang awk hantar tadi.
lebih kurang 30min-2jam anda akan mendapat reply dari server menyatakan no id , no pin dan beberapa arahan sms serta nombor server.
bila anda dah terima, skrg apa yang anda perlu lakukan adalah tambah modal ke akaun syarikat.
syarikat pun akan buat semakan terlebih dahulu selepas awk mengantar sms tambah modal seperti di bahgian bankin modal.
proses tambah modal selalunya mengambil masa 30minit hinggalah 2jam.
selepas awk terima modal daripada syarikat, barulah awk boleh mula menjual topup. caranya untuk jual topup anda boleh rujuk bahagian format sms.
ok..harap penjelasan ini clear untuk awk.
By wanieTa, 28/02/2010 @ 7:05 AM
ok..sgt clear..
By ridzwan, 12/04/2010 @ 12:09 PM
en asyraf…. untuk topup RM3 pun ade profit? Sure eh…. kalau ade memang minat nak join….la ni i cuma dapat utk topup RM5 ke atas je…tapi sys lain laa…
By Asyraf, 12/04/2010 @ 12:47 PM
Untuk Maxis dan Celcom, anda boleh jual rm3..
keuntungan rm3 rujuk bahagian Keuntungan
By jojo, 16/04/2010 @ 2:36 PM
salam bt semua..i nak tanyakan tentang bagaimana Hotlink tukar ke Digi? dapatkah? Bagaiman caranya?TQ
By Asyraf, 16/04/2010 @ 2:47 PM
wsalam, nak tukar hotlink ke digi???pakai no maxis tapi nak pakai line digi???
kena pergi central la..
By Miey, 13/08/2010 @ 5:36 PM
Tumpang tanya, camne kalau berlaku double transaksi? Dalam tempoh kurang 1 jam, terima mesej dari server yang baki akaun dipotong sebanyak dua kali pada nombor yang sama dengan nilai topup yang sama?
Lagi satu, sekarang ni tengah tukar server baru, camne ngan baki yang ada dalam akaun lama, sedangkan akaun baru dah ada lepas tambah nilai modal??
Dah call admin, tapi xde pape mesej pun lepas buat aduan double transaksi tu.Yang pasal akaun baru admin kata habiskan yang dalam akaun lama. Camne tu? hantar format cam biasa tapi gune no server lama ke? X boleh ke nk transfer je baki dalam akaun lama ke akaun baru??
Harap en asyraf dapat membantu
By Asyraf, 13/08/2010 @ 7:13 PM
untuk soalan 1: sepatutnya awk kena hubungi pihak syarikat dan minta pihak syarikat semak transaksi yang double…
untuk soalan 2: baki yang ada di server lama, awk just habiskan….guna arahan sms server lama dengan no server lama untuk habiskan baki dalam tu…server lama tak akan ditutup pun, cuma skrg pakai server baru lagi power…
untuk soalan 3: untuk habiskan modal di server lama, awk guna arahan sms server lama, bila baki lama dah habis, baru guna no id baru untuk tambah modal n guna arahan sms server baru untuk menjual topup…
harap dpt membantu…
By Miey, 14/08/2010 @ 1:05 PM
Untuk yang pertama, saya dah hubungi syarikat, syarikat kata akan semak semalam, tetapi, sampai hari ni tiada maklumbalas ++ pengembalian nilai yang double transaksi tu. Report double transaksi tu masih disimpan.
Terima kasih untuk jawapan no 2 & 3. Jawapan tersebut sangat membantu